"Takdir Juliet hanya mengagumi Romeo".

Lirik Lagu Ungu – Cinta Dalam Hati

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu


telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku
reff:
ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

 

Dear Romeo,

Seumpama lirik, Ungu - Cinta dalam hati. Sebegitulah perasaan seorang Juliet, yang selama ini hanya memandang seseorang yang dipanggilnya "Sang Romeo". Butakah Juliet ? mencintai "Sang Romeo"  tanpa disedarinya, benar orang kata "Cinta itu buta ?".

Setiap hari Juliet semangat untuk pergi ke sekolah kerana "Sang Romeo" lah yang ditunggu - tunggu oleh Juliet, resah gelisah jika tidak kelihatan "Sang Romeo". Setiap ketika, Juliet memikirkan "Sang Romeo" mahupun ketika cikgu sedang asyik mengajar, ketika bersembang dengan rakan - rakan, pastinya topik "Sang Romeo" akan disebutnya.

Sejujurnya, "inikah namanya cinta ?". tanya didalam hatinya. "Betulkah perasaan gelisah ini ?". tanyanya didalam hati lagi. "Hmm, mengapa ? mengapa ? rupanya setiap saat dan ketika wujud ?". "Tak ! tak ! mana mungkin ini cinta, tak mungkinlah ini perasaan aku je". Jeritnya didalam hati. Juliet, ingin meluahkan rasa cinta yang dipendamkannya selama ini, tetapi dia tidak mampu berbuat begitu kerana, sedangkan "Sang Romeo" tidak pernah mengenalinya, menegurnya, mahupun mengukir senyuman kepadanya malahan "Sang Romeo" bagaikan seorang "robot bernyawa" kerana dia hanya menumpukan sepenuhnya kepada pelajaran. Itulah, peliknya cinta Juliet.

Tapi semuanya mimpi, ketika sedang rehat Juliet melihat dari jauh. "Sang Romeo", sedang asyik berbual - bual dengan seorang gadis. Bayangkan betapa kecewanya hatinya ? Juliet, menangis teresak - esak dan menceritakan kepada rakan - rakannya. Mereka memujuknya dan memberi nasihat kepadanya. Ada rakan - rakan yang berkata bahawa "Sang Romeo" menyukai wanita itu dalam dia. Mungkin, "Sang Romeo" dan Juliet masing - masing hanya mampu mengagumi seseorang yang disukainya tanpa perlu meluahkannya.
Akhirnya, Juliet kembali tenang dia juga berjanji dia hanya akan menjadikan "Sang Romeo", Cinta dalam  hatinya dan sumber inspirasinya.

Cinta itu indah apabila kita dapat memilikinya,
Cinta itu indah apabila kita mencintai dan dicintai,
Cinta itu indah apabila wujudnya cinta didalam hati,
Tetapi jika cinta itu tidak dapat dimiliki,
Mengagumi adalah jalan terbaik.